Cerita Dongeng: Gadis Salji
Di sebuah negeri, tinggal sepasang suami isteri yang hidup bahagia iaitu Encik Smith dan Puan Smith. Mereka memiliki sebuah kehidupan yang sempurna tetapi mereka tidak mempunyai anak. Pada suatu musim salji, Encik Smith dan isterinya melihat kanak-kanak sedang bermain di luar rumah mereka. mereka berasa terhibur melihat kanak-kanak itu bermain dengan gembiranya. Tiba-tiba mereka berasa sedih."Alangkah bahagianya hidup kita jika kita mempunyai anak," kata Puan Smith kepada suaminya. Encik Smith faham perasaan isterinya. Bagi menghilangkan perasaan sedih, mereka membuat orang-orang salji. Mereka membentuk tangan, kaki dan muka seorang gadis daripada salji dengan penuh kasih sayang. Rupanya seperti seorang anak gadis yang mereka impi-impikan.
Setelah siap, mereka berundur beberapa tapak untuk meneliti hasil kerja mereka."Wah, sungguh cantik!" kata Puan Smith tersenyum puas. Tiba-tiba, orang-orang salji itu membuka mata dan senyum kepada mereka. Dia menggerak-gerakkan badannya dan kepingan-kepingan salji itu gugur. Dia kelihatan seperti manusia biasa. Orang-orang salji itu berjalan kearah Puan Smith dan Encik Smith lalu memeluk mereka.
Sejak hari itu, Encik Smith sekeluarga hidup dengan gembira. Mereka memanggilnya 'Gadis Salji'. Kehadiran Gadis Salji amat bermakna bagi Encik Smith dan isterinya. Mereka menjaganya dengan penuh kasih sayang iaitu seperti anak mereka sendiri. Malah Gadis Salji amat rajin menolong ibu bapanya. Dia gemar menyanyi dan suaranya sungguh merdu. Kedua-dua ibu bapanya berasa sungguh terhibur.
Pada musim salji, Gadis Salji suka bersiar-siar di luar rumah sambil menghirup udara sejuk. Apabila musim salji berakhir dan tiba musim bunga , dia kelihatan murung. "Kamu ada apa-apa masalahkah?" tanya Puan Smith. " Tidak ada apa-apa ibu," jawab Gadis Salji cuba menyembunyi kerisauannya. Tidak lama kemudian, bunga-bunga mula berkembang dan cuaca menjadi semakin panas. Kanak-kanak lain berasa gembira menyambut musim bunga tetapi Gadis Salji berasa semakin sedih.
Pada suatu hari, sekumpulan kanak-kanak sebayanya datang mengajak Gadis Salji keluar bermain . Gadis Salji berasa berat hati untuk keluar bermain bersama-sama mereka tetapi ibunya berjaya memujuknya. "Pergilah keluar bermain, anakku. Mungkin kamu akan berasa seronok dan dapat melupakan kesedihan itu,"
...
akan bersambung...
admin penat sikit sebab tu admin tlis sampai sini je😫😫... nanti admin sambung yep😄😄😄....

Ulasan
Catat Ulasan